Kudapan Untuk Pesakit Diabetis Dan Ingin Menurunkan Berat Badan, Dr Ini Dah Senaraikan

Salam sejahtera,

Bagi pesakit diabetis dan individu yang ingin menurunkan berat badan, kudapan menjadi ancaman buat mereka. Bukan senang nak melawan rasa dan keinginan untuk mengunyah kudapan.

Jangan bimbang, kerana pengamal perubatan Dr Zubaidi Hj Ahmad dah sediakan senarai kudapan sihat untuk diambil oleh pesakit diabetis dan individu yang ingin menurunkan berat badan.

KUDAPAN UNTUK PESAKIT DIABETES DAN INGIN MENURUNKAN BERAT BADAN

Terdapat beberapa jenis kudapan yang boleh diambil oleh pesakit diabetis diabetes pada waktu petang.

๐Ÿ‘‰ Coklat gelap (dark chocolate)

1. Coklat gelap mempunyai rasa sedikit pahit tetapi ia cara yang sihat untuk memenuhi rasa manis penghidap diabetes dan individu yang ingin menurunkan berat badan.

2. Coklat gelap kaya dengan flavonoid, sejenis sebatian tumbuhan yang bagus untuk pesakit diabetes.

3. Cari coklat gelap mempunyai sekurang-kurangnya 70% koko. (Minuman keto-koko OLEVAGREEN mengandungi 80% koko)

๐Ÿ‘‰ Buah Pir

1. Buah Pir adalah buah yang mengandungi serat yang banyak.

2. Serat melambatkan penyerapan gula dengan itu menstabilkan paras gula dalam darah selepas makan.

3. Menurut kajian, makan pir segar juga boleh menjadi strategi yang berkesan untuk membantu meningkatkan kawalan gula darah bagi penghidap diabetes dan individu yang ingin menurunkan berat badan.

๐Ÿ‘‰ Buah epal

1. Buah epal mempunyai 5 gram serat dalam satu epal bersaiz sederhana.

2. Ia juga mempunyai indeks glisemik yang rendah, dengan itu melambatkan penyerapan gula ke dalam darah.

3. Cuba hiris sebiji epal dan tambahkan sedikit kayu manis untuk kudapan yang mudah dibawa ke mana-mana.

๐Ÿ‘‰ Buah jambu batu

1. Buah jambu batu adalah buah yang terbaik untuk pesakit diabetis kerana ia kaya dengan serat.

2. Ia juga satu-satunya buah yang kaya dengan vitamin C.

3. Vitamin C adalah vitamin antioksida yang menghalang proses oksidatif yang merosakkan tubuh akibat tahap gula yang tinggi dalam darah.

๐Ÿ‘‰ Buah avocado

1. Buah ini mempunyai lemak sihat mono-unsaturated yang tinggi.

2. Selain itu ia mempunyai serat yang tinggi.

3. Tahap karbohidrat sangat rendah, sesuai untuk pesakit diabetes dan individu yang ingin menurunkan berat badan.

๐Ÿ‘‰ Buah naga

1. Seperti buah lain, buah naga menjadi makanan sihat yang tinggi serat.

3. Terutama naga berwarna merah, ia mengandungi anthocyanin yang membantu mengurangkan tekanan oksidatif dan melindungi daripada komplikasi kesihatan yang berkaitan dengan diabetes.

๐Ÿ‘‰ Buah belimbing

1. Ia adalah buah yang mengandungi vitamin C yang tinggi.

2. Tahap serat yang tinggi bagus untuk rasa cepat kenyang dan melambatkan penyerapan gula dalam darah.

๐Ÿ‘‰ Greek Yogurt

1. Dalam setiap 200 gram yogurt mengandungi 20 gram protein.

2. Ia meningkatkan pengambilan protein dalam makanan.

3. Ia dapat mengawal selera makan dan mengurangkan keinginan untuk makan lebih banyak.

4. Ia kaya dengan vitamin D dan probiotik yang boleh meningkatkan sistem daya tahan dan membaiki kesihatan perut dan usus kita.

5. Ambil yogurt Greek kosong dan tambahkan rasa manis dengan setitik OLEVA STEVIA. Boleh tabur sedikit dengan serbuk kayu manis.

Semoga bermanfaat.

– Amir MY

Sumber: Dr Zubaidi

==================

Berminat nak dapat produk Stevia BERKUALITI yang DISYORKAN oleh Dr Zubaidi?

Berikut cara nak dapatkan!

1. Klik pada pautan Online Store yang disyorkan Dr Zubaidi dibawah:
https://www.needsvenue.com

2. Klik pada Menu (garis tiga di sebelah kiri)

3. Klik pada โ€˜Catalogโ€™ dan scroll ke bawah.

4. Klik pada โ€˜OLEVA STEVIAโ€™ pilih Kuantiti, tekan โ€˜Add To Cartโ€™ dan teruskan pembelian anda.