Kebaikkan Dan Manfaat Mengambil Bawang Putih

Salam sejahtera,

Bawang putih kalau tiada dalam satu-satu masakan seperti tidak lengkap. Rasa bawang putih menjadi penyedap makanan. Saya juga penggemar bawang putih.

Namun, di sebalik keenakkan rasa tersimpan kebaikkan, khasiat dan manfaat untuk kesihatan kita. Justeru itu, saya kongsikan kali ini kebaikkan dan manfaat pengambilan bawang putih untuk kesihatan.

KEBAIKAN MENGAMBIL BAWANG PUTIH.

Bawang putih juga dikenali dengan nama latin Allium sativum. Dalam 100 gram bawang putih mengandungi:

4 kalori
1 gram karbohidrat
0.2 gram protein
0.1 gram serat
0.9 miligram vitamin C
5.4 miligram kalsium
0.4 mikrogram selenium
Sebahagian antioksida seperti flavonoid.

Bawang putih mengandungi phytonutrien yang kaya dengan sebatian sulfur aktif seperti alliin, allyl propyl disulfide, dialil disulfida, dan dialil trisulfida.

Bawang putih mentah dikunyah dalam mulut atau dipotong, zat-zat sulfur tersebut akan membentuk allicin.

MANFAAT BAWANG PUTIH:

1. MENURUNKAN TAHAP KOLESTEROL

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Postgraduate Medicine melaporkan bahawa pengambilan 10 gram bawang putih mentah setiap hari membantu menurunkan tahap kolesterol dalam masa dua bulan.

Dalam kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Medical Science and Public Health pada tahun 2016, 50 orang peserta dari India mengambil 3 gram bawang putih mentah satu kali setiap hari. Setelah 90 hari kesemua peserta mengalami penurunan kolesterol antara 10-15 peratus.

2. MENURUNKAN TEKANAN DARAH.

Dalam kajian yang diterbitkan dalam Pakistan Journal of Pharmaceutical Sciences melaporkan bahawa kesan pengambilan bawang putih dapat menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik hampir sama dengan kesan ubat atenolol.

3. BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG

Bawang putih telah diketahui dapat menurunkan kolesterol dan tekanan darah, dan dapat mengurangkan risiko penyumbatan saluran darah.
Ini kerana bawang putih dapat menurunkan tahap kalsium berlebihan dan tahap protein C-reaktif yang tinggi yang menjadi punca utama penyumbatan arteri.

4. MENURUNKAN RISIKO MENDAPAT KANSER

Dalam data yang diterbitkan dalam National Center for Biotechnology Information, menunjukkan pengamalan bawang putih secara rutin dapat menurunkan risiko beberapa jenis kanser, antaranya kanser perut, kanser usus besar, kanser pankreas, kanser payudara, dan kanser prostat.

5. MENJAGA KESIHATAN OTAK

Saintis di Universitas Missouri mendapati terdapat sebatian yang dikenali sebagai FruArg yang dapat melindungi sel-sel otak terhadap kesan penuaan dan penyakit.
Sel mikroglia dalam otak sangat bermanfaat untuk menjaga kesihatan sistem saraf. Namun, semakin lama sel mikroglia melawan keradangan, semakin banyak sel-sel ini menghasilkan sebatian oksida nitrat. Kadar oksida nitrat yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan sel otak.

Sebatian FruArg dalam bawang putih akan memperbanyak sel mikroglia tanpa menyebabkan peningkatan kadar oksida nitrat dalam otak. Ini bermakna bawang putih memberikan manfaat perlindungan bagi sel-sel otak dengan membuatnya lebih kebal terhadap risiko penyakit otak dan saraf seperti demensia dan Alzheimer.

6. MENGATASI JERAWAT

Sebatian Allicin dalam bawang putih bersifat antibakteria, antikulat, antivirus, dan antiseptik yang membantu membunuh kuman penyebab jerawat. Ia juga turut membantu meredakan bengkakan dan keradangan kulit.

7. MEMPERKUATKAN TULANG

Kalsium, vitamin D dan flavonoid adalah komponen untuk kesihatan tulang. Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutrition in Gerontology and Geriatrics, flavonoid (yang ada dalam bawang putih) berpotensi meningkatkan pembentukan tulang serta memperlambatkan proses kerapuhan tulang.

8. MERAWAT SELSEMA DAN BATUK

Bawang putih adalah salah satu ubat natural untuk mempertingkatkan sistem daya tahan tubuh. Sebatian allicin yang terdapat pada bawang putih terbukti meningkatkan immuniti tubuh terutama ketika batuk dan selsema.

PENGAMBILAN BAWANG PUTIH

Manfaat bawang putih lebih baik jika dimakan mentah. Boleh diambil sebagai ulam ketika makan.
Kita juga boleh mengambil bawang dengan memasaknya tetapi ia akan menghilangkan pelbagai nutrisi penting di dalamnya.

Selain itu boleh memasukkan bawang putih ke dalam minyak zaitun atau madu dan diperamkan beberapa hari.

KHASIAT BAWANG PUTIH YANG DIMASAK ATAU MAKAN MENTAH

Saintis di University of Maryland Medical Center mencadangkan pengambilan 2-4 ulas bawang putih setiap hari samada makan mentah sebagai ulam atau diperam dalam minyak zaitun atau madu.

Semoga bermanfaat.

– Amir MY

Sumber: Dr Zubaidi