Salam sejahtera,
Kali ini ingin saya kongsikan bagaimana untuk kita Detox Gula. Baca penerangan dari Dr Zubaidi Hj Ahmad untuk info selanjutnya.
BAGAIMANA DETOKS GULA?
1.Secara purata rakyat Malaysia mengambil 22 hingga 30 sudu teh gula sehari disebabkan budaya makanan. Jumlah ini jauh lebih banyak daripada yang disarankan iaitu lima sudu teh.
2. Detoks gula adalah salah satu cara untuk menurunkan berat badan di samping mengawal penyakit metabolik (hipertensi , diabetis, hiperkolestrolemia, dan obesiti) dengan lebih baik.
3. Caranya ialah dengan menghadkan pengambilan gula ringkas sebanyak yang mungkin. Namun ia bukan setakat menghentikan minuman dan makanan manis seperti mufin, kek dan coklat.
4. Ini kerana gula juga wujud dalam sumber karbohidrat lain seperti beras, mi, roti dan kentang.
5. Malah ia tersembunyi dalam banyak makanan berproses yang diiklankan syarikat besar sebagai makanan sihat. Ia disebut dalam pelbagai nama yang lain seperti
maltosa, dextrose, sirap jagung fruktosa tinggi atau molasse.
6. Detoks gula mungkin menyebabkan kesan penyisihan (withdrawal symptoms) secara fizikal dan mental yang tidak menyenangkan. Tindak balas ini berbeza untuk semua orang. Ia bergantung pada berapa banyak gula anda ambil setiap hari dan boleh berlangsung daripada beberapa hari hingga dua minggu.
7. Gejala ini lebih dirasakan ketika waktu malam atau dalam keadaan tertekan.
8. Semakin lama tubuh kita tidak menggunakan gula, tindakbalas gejala ini dan keinginan terhadap gula makin berkurang.
9. Bagaimana melakukan detoks gula?
a. Hentikan pengambilan gula serta-merta, badan akan dapat mengadaptasi dengan keadaan tanpa gula dengan lebih cepat. Lakukan dengan menghentikan pengambilan semua bentuk gula, termasuk dalam makanan segera, minuman manis dan tepung putih.
b. Makan lebih protein pada setiap hidangan bagi membantu mengelak rasa lapar dengan cepat. Ini akan mengekang keinginan untuk mengambil makanan atau minuman yang manis.
c. Tambah serat dalam makanan kerana ia juga mengawal paras gula dalam darah, ia mungkin membantu mengelakkan kesan sampingan detoks gula seperti sakit kepala dan loya.
d. Minum lebih banyak air bagi membantu meningkatkan kadar metabolik tubuh.
e. Ambil minyak sihat seperti minyak zaitun dan minyak kelapa untuk mengekalkan tenaga dan melambatkan rasa lapar.
f. Elak pemanis tiruan seperti aspartame dan sucralose yang mungkin menyebabkan kita masih berkeinginan untuk terhadap makanan manis. Mengelakkan makanan manis walaupun bebas gula adalah langkah terbaik dalam usaha mengelakkan gula dalam diet. Jika masih tidak mampu ambil pemanis natural seperti stevia dan Monk Fruit.
g. Kawal stress dengan baik tekanan kerana ia meningkatkan keinginan kepada makanan manis. Gula juga mengandungi kesan menenangkan terhadap hormon tekanan. Sebab itu ramai yang mengambil makanan atau minuman manis bagi mengurangkan rasa tertekan.
h. Lakukan aktiviti fizikal kerana ia
meningkatkan tenaga dan mengurangkan tekanan sekali gus membantu melawan gejala penyisihan seperti keletihan, tidak bertenaga dan keinginan disebabkan tekanan.
i. Minum sumber sayuran hijau dengan cara menyediakan smoothies seperti mencuba beberapa resipi minuman berasaskan sayuran seperti bayam dan brokoli yang dicampur buah-buahan.
j. Tidur yang mencukupi kerana jika
tidak cukup tidur akan menyebabkan timbulnya keinginan kepada makanan manis dan makanan tidak sihat. Tidur yang cukup akan mengurangkan tekanan, membantu kita membuat pilihan makanan lebih baik, menambah tenaga dan menambah baik tumpuan dan memori.
k. Makan sesuatu yang pahit seperti ulam-ulaman dapat memadam reseptor dalam otak yang memacu keinginan kepada makanan bergula selain membantu mengawal tahap gula darah. Selain ulam, kita boleh memilih beberapa makanan pahit seperti kopi, arugula atau brokoli.
Semoga bermanfaat.
– Amir MY
Sumber: Dr Zubaidi